Followers

Monday, May 28, 2012

Batek Negrito




Merenung jauh aku seketika. Memutar kembali waktu.
Mengimbau kembali kenangan.

14 April 2012


Satu trip santai.

 Kuala Tahan. Taman Negara. Pahang. Bersama sahabat-sahabat Fasi. Hari kedua, kami para fasilitator dibawa menjejakkan kaki menulusuri hutan simpan yang aku agak masyhur di Malaysia. Banyak yang aku dapat lihat dan perhati. Maha Suci Allah yang menjadikan tumbuh-tumbuhan jenis yang pelbagai.

Batek Negrito



Batek Megrito merupakan nama bagi kaum orang asli yang tinggal berhampiran Taman Negara. Untuk sampai ke kawasan itu, kami menaiki bot yang memuatkan 8-10 orang dengan beraktivitikan 'rapid shooting'- main air, tembak-tembak air untuk mengenakan bot-bot yang saing di sebelah.

Setibanya di perkampungan orang asli dengan basah lencun, kami disambut dengan senyuman mereka. Cuma, pasti diorang pelik dan tertanya-tanya..

"Kenapalah datang basah-basah ni??memang macam ni ke orang bukan asli??"

Haha. Mungkin juga mereka sudah maklum kami b'rapid shooting..

Kami berkumpul di hadapan salah sebuah daripada rumah mereka, mendengarkan serba sedikit tentang mereka.

Secara umumnya, mereka masih mengamalkan sistem kehidupan 'nomad'. Berpindah jika terdapat kematian kaum kerabat. Masih lagi berburu sebagai aktiviti rutin bagi menyara hidup ahli keluarga. Masih menyumpit sebagai satu-satunya alat untuk berburu. Cumanya, mereka sudah punya mancis dan 'lighter' untuk menyucuh dan menghidupkan api,namun kemahiran menghidupkan api secara fully-manual masih alah bisa tegal biasa buat mereka.

Mereka mempercayai animisme. Setiap kali ada kematian, mayat akan diletakkan diatas pokok. Dan mereka akan mempercayai yang roh si mati akan pergi meninggalkan jasad. Pergi berjumpa dengan satu kuasa.

"Zam, Sharing Islam la, apa lagi.." Bisik halim.

"Jap.Jap.tengah fikir.." Sambil meneruskan fokus pada tok batin yang sedang menerangkan tentang adat jika kematian menimpa mereka.

Halim memulakan bicara, cuba memperkenalkan Islam.
Aku juga cuba. Namun, usaha kami tidak menampakkan hasil yang positif. Tok batin berwajah ala-ala afrika tu tak berminat untuk mendengar.
Menarik nafas panjang. Merenung sejenak. Di saat terfikir apalah nasib mereka kaum batek megrito, berfikir juga,terlalu banyak tugasan kita selaku seorang yang bergelar muslim lebih-lebih lagi berpeluang merasai nikmat hidup beragama dengan aman tanpa gangguan.


Sampaikan walau sepotong ayat.

Mungkin kita rasa belum cukup ilmu untuk berdakwah. Belum cukup baik untuk menyampaikan Islam. Ingatlah, tiada siapa yang akan berdakwah jika kenyataan itu sesuatu yang valid. Tiada siapa yang akan menyampaikan kebenaran jika menanti kesempuranaan yang tidak mungkin tiba.

"Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.." (Hadith)




Masih banyak skill perlu asah.
mood: TTC :)

Wednesday, May 23, 2012

Selamat Hari Lahir kaWAN.


23 mei tarikh mamat ni lahir.bersamaan 9 dzulqaedah 1411

wah, dah boleh mengundi.
dah boleh dapat 'kunci' !

Living legend juga dia ni.

Kalau pergi sekolah lama, nama dia banyak terukir dalam dewan sekolah tu. kalau nak tengok, dongak kepala sikit la.

Aku respect dia ni sebab, dia banyak menyumbang menjadi asbab kepada perubahan diri aku. Diri aku yang dulunya tidak berapa suka berfikiran secara kritis, tapi bila berborak borak dengan dia, suka sangat dia expect aku tahu apa yang dia cakap. Dan off course lah kita meraikan apa yang dia cakap dan sebut. So, ter'upgrade diri daripada situ. Power kan dia?

Dia ni  seorang jaguh baca.

Kalau bab-bab baca ni, dia sensitif. Maksudnya, memang makanan dia lah. Baca novel 'bumi cinta' karya tebal habiburrahman tu pun, satu malam je boleh habis. Satu lagi, dia ni budak Lukisan Kejuruteraan sekolah menengah dulu, tapi nak dijadikan ceritanya, dia ditakdirkan untuk ambil subjek biologi masa dalam degree@pre degree macam tu lah. Tahu dia dapat apa? A- kot. Umapa orang takde basic ilmu surgery, boleh buat surgery la. haha over. Subhanallah ciptaan Allah sorang ni.


Okay, post ni bertujuan nak menghargai peranan dia sebagai teman setia seia sehati sejiwa yang sentiasa mekar biar dia jauh di mata.

Bertemu dengan dia tak jemu. Berpisah dengan dia tak gelisah.

Dan dia kini seorang yang someone disana-sini.

Oh. Dia ada page di FB. Page dia kira boleh dikategorikan sebagai 'scholars' la. Sebabnya, dia terlalu kritis dalam subjek philosophy yang diambil dia. Selalu menjadi 'refferer' dalam kelas dia (menurut page tu) Tapi, dia belum pun lagi menamatkan degree nya. Hebat hebat.

Satu lagi yang hebat tentang dia, dia pernah buka mata saya dalam bab jodoh dan ketentuan. Real gila. Ahah. Nantikan ceritanya bila-bila. InshaAllah.


Ahh.

Apa-apa pun. Selamat Hari Lahir akh.

Semoga terus maju dibawah guidance of Al-Quran and Sunnah Rasulullah s.a.w..

Semoga tsabit dalam memperjuangkan perkara maa'ruf, dan tsabit juga dalam menghindar perkara mungkar.

Semoga cepat dikurnia pasangan dan teman hidup yang bakal menjadikan diri lebih dekat pada sang pencipta mawaddah dan pemilik rahmah, Allah s.w.t..


Jazakallahu khairal jaza' atas segalanya ya.

:)

Sweet 21. Kehkeh

Tuesday, May 22, 2012

2 hero ensem


Masjid Al-Falah semakin falah.



Usai salam kedua, beberapa ketika..

"Zam, cuti ke?" Sambil tangan Syamee menumbuk kearah peha aku. Tumbuk manja orang kata.

"Haah, cuti and grad. Kira tunggu masuk Kuantan la pulak bulan 9" aku balas sambil berbisik takut mengganggu jemaah yang sedang wirid.

"Oh,malam ni pas isya' free? Ada training ngan team masjid falah, kat padang MPSJ.." Ajak Syamee sambil bersiap-siap untuk beredar.

"Oh, cool tu..inshaAllah2..nanti aku twit kau" Aku menjawab sambil tahan keterujaan.

Maklumlah, selepas kekalahan aku SMAC yang lepas, langsung aku tidak berserius-serius dalam bersenam. Oh! Gimana mahu capai "sihat tubuh badan" yang merupakan salah satu muwasofat tarbiyyah.

Malam itu.

"Mi,kau kat mana, aku dah sampai ni.kat luar stadium" aku menghantar satu helai kiriman khidmat pesanan ringkas.

Selang beberapa minit,SMS aku tidak langsung berjawab, hendak menelefon, baki tinggal hanya 3 sen.. Sadis.. Sedang aku tinjau-tinjau,terlihat di kawasan bangku penonton telah ramai yang bersiap-siap untuk turun latihan. Aku, masih menunggu Syamee dari jauh.

Mereka memulakan jog. Habis satu round, barulah aku perasan rupanya Syamee sudah didalam kelompok mereka. Aku pun apa lagi, dengan tidak malu-malu. Join sekaki@2 kaki.. Mana-mana boleh..

"Ala-ala profesional lah training diorang ni" getus hati kecil aku.

Serius diorang training fitness kopi kapal api, betul-betul kaw.

Muscle aku hampir-hampir menerima kejutan budaya dek telah lama berehat, tiba-tiba pi guna dia hardcore gitu.

Apapun, sangat perlu dipuji inisiatif masjid al-falah yang telah menubuhkan pasukan bola sepak sendiri yang rata-ratanya terdiri daripada golongan anak muda pelapis generasi mendatang.

Hujung latihan, aku diminta memperkenalkan diri. Wah TAARUF. Mantap!

Semoga kita juga akan menjalin hubungan yang erat atas dasar akidah, bukan atas dasar sebiji bola yang disepak-sepak tiada erti. Yang disepak-sepak penuh emosi. Selamat menerima kehadiran player baru yang tak seberapa handal ini. Setakat main cam Aguero tu boleh lagi la. Puih :)

note;
-1st match lawan team foreigner, kalah 4-0. err.. badan semua stock drogba kot!
-sekurangnya kembali bergerak lah otot-otot selepas berbulan tidak bergiat dalam sukan.
-ambil peluang dekat dengan anak muda lain, mad'u mad'u...
-kutip pengalaman dan apply ilmu... 

peace (Y_Y)


Monday, May 21, 2012

Salah faham terhadap Islam, by Brother Shah Kirit osem

"nak tuang air dalam gelas yang berhabuk, mesti cuci dulu habuk dalam gelas tu kan?"

samal lah. nak dakwah pada orang yang ikhlas nak tahu pasal islam, mestilah kena clear kan salah faham terhadap islam dulu :)









fuyyooo... sampai ke London haaa Bro berdakwah... SAHAM SAHAM...