Terasa sengal-sengal satu badan, ditambah pula bingung menahan beban. Keluh kau sentiasa panjang. Kadang terlupa engkau akan hakikat ujian, sifatnya mendatang
Kau terus pujuk hati agar sabar.
Sabar pada ketaatan; meski hari ini terasa amat berat untuk bangun menunaikan solat-solat sunat, yang sifatnya hajiat, kau yang berkehendakkan akan ia. Kau tetap teguh !
Sabar pada ujian; meski kau hampir mengabaikan diri, membiarkan hari-hari berlalu tanpa berstrategi, kau bangkit menyusun hidup, memperkemas dan menyiapkan pelan menghadapi ujian.
Sabar pada mengelakkan diri dari kemaksiatan; mujahadah pada diri. Riadhah jiwa. Dan terus meninggalkan apa yang tidak dirasakan penting. Kerana itulah sifat orang mu'min.
InshaAllah, kau mampu sabar pada yang 3 ini.
bukankah Allah selalu pesan, Dia bersama orang-orang yang sabar...
2 Respon Kehormat:
Rekod, Mutabaah, Berinteraksi dengan rakan SEIMAN. Bunyi poyo tapi kesan mmg Gempaq.
thanks sahabat
Post a Comment