Followers

Wednesday, October 26, 2011

Dialog Harmoni, Soka Gakkai Ipoh Mali

Semalam, pi ipoh. Perh.
Seronok jugak ipoh ni. Ada pasar pagi , ada kedai runcit , ada kereta mahal2 atas jalan.

Ok ini dekat shah alam pun ada.

Mungkin Limau Barli la paling spesel kot?

Ahad lepas,saya berpeluang mengikuti program Dialog Harmoni. Program ni, dirakam untuk dimuatkan dalam satu slot di tvalhijrah. Tak tau bila nk siarkan. Tempat tu nama dia, Soka Gakkai (perak) . Dalam Hall yang kurang lebih memuatkan 50000-60000 orang. Over sangat tu. Macam dewan sekolah je sebenarnya, tapi dilengkapi pendingin hawa yang selesa diduduki.

 Kami, rijal-rijal alumni fcr seramai 13 orang bergerak dengan bas MAIS. Sebab, wakil dari MAIS pun ramai juga yang join. Kami disarankan, bila sampai sana nanti, MIX dengan brothers2 chinese untuk share something @ berkongsi ilmu/share Islam la sng cite.

 Dialog Harmoni 

 Menurut apa yang saya faham, Dialog ni diadakan bertujuan untuk bertukar tukar maklumat dan pemahaman tentang kebudayaan serta fahaman antara agama. Basically, Islam and Bhuddism.

 Dialog ni diwakili oleh 2 orang dari pihak Soka Gakkai mewakili Bhudda dan 2 orang dari Studio Muallaf (tvalhijrah) juga secara tidak langsung mewakili Islam.

 Apa yang menariknya, kesemua 4 orang ahli panel mempunyai satu label yang sama iaitu mereka berbangsa cina. Ini yang membuatkan dialog nampak lebih harmoni. Dr.Yamin ching dan Xifu Nasser menggunakan pentas dialog harmoni dengan baik. Di samping membuka minda para hadirin yang rata ratanya bukan beragama Islam bahawa masuk Islam bukanlah bererti masuk melayu.

 Mdm Hung dan Mr Tan juga mengeluarkan pendapat dan informasi yang baru dan segar tentang Soka Gakkai juga serab sedikit tentang persefahaman antara agama dan budaya. Kata mereka, kita harus memartabatkan bahasa Malaysia untuk mengurangkan jurang antara budaya dan agama di Malaysia. Begitu juga makanan dan pakaian. Kita boleh cari titik persamaan untuk mencapai hidup yang harmoni.

 Audiens yang hadir juga unik. Majoritinya berbangsa Cina. Dan bilangan Cina Muslim yang datang sedikit sebanyak mampu membuka mata Cina bukan Muslim Malaysia yang rata-ratanya masih menganggap masuk Islam bermaksud masuk Melayu.Kerana mereka masih mengamalkan adat dan budaya mereka yang tidak bercanggahan dengan syarak.

 Dialog berakhir dengan soal jawab. Dan panel yang paling suka audien untuk bertanya ialah Dr.Yamin Ching. Mungkin kerana kehebatannya berbahasa cina, hujah-hujahnya yang begitu jelas dan nampak lebih faham kepercayaan cina berbanding orang cina ,membuatkan audiens tertarik.

 Pendapat peribadi 

 Dialog-dialog sebegini sebenarnya sangat penting untuk difikirkan akan pelaksanaannya dengan lebih meluas. Dialog Harmoni antara agama ni mampu membuka mata manusia untuk memahami ilmu dengan penilaian yang lebih kritis pada saya.

 Sesungguhnya, agama disisi Allah itu adalah Islam.

 Jadi, apa yang perlu ditakutkan jika kita belajar apa-apa dari agama lain? Apatah lagi belajar apa apa budaya dari masyarakat lain? kerana  budaya dan adat yang kita tahu dan amalkan tidak lebih sekadar amalan turun temurun yang kadangkala mungkin bercanggahan dengan syariat Tuhan..

 Share Islam 



 Usai dialog, kami dijamu makan di kantin. Dan seperti yang dirancang, kami akan bercampur duduk semeja dengan mereka (ahli soka gakkai).
  Kami (sy dan brother hariss) duduk di hadapan dua orang chinese,perempuan. Kami makan, sambil banyak bertanya tentang soka gakkai, sejarah dan apa aktiviti mereka. Banyak juga yang kami baru tahu dan hadam.(sebab ahli panel terangkan tadi hanya sekadar pengenalan kepada soka gakkai)

 Setelah mungkin agak selesa berbual dan penat menjawab soalan-soalan kami, mereka pula rasa senang dan rela hati ingin bertanya soalan tentang Islam..

 Dan antara soalan-soalannya, 

'dalam islam, macam mana seseorang tu hadapi masalah eh? Ada ke ritual-ritual tertentu ? '

 'betul ke kami org bukan islam tak boleh masuk masjid? '

 'ehm, kami tak bleh pegang Quran ye? Sebab tu kan kitab suci orang Islam'

 Dan kadang-kadang, kita suka menganggap soalan-soalan dari mereka bukan Islam ni hanya untuk menguji dan menggugat keimanan kita, walhal mungkin ini hanya kes-kes terpencil. Banyak dari kalangan mereka yang ingin benar tahu tentang Islam, ikhlas dari hati.

 Praktikal 

 Teringat pula kata-kata brother shah, masa mula-mula saya join FCR..Masa tu di INTI KOLEJ(Sekarang Universiti rasanya)Nilai..

 ''jika kita nak tuang air ke dalam sebuah gelas yang berhabuk, adakah kita terus tuang atau kita cuci dulu habuk tu,kemudian baru tuangkan air?''

 Begitulah dakwah. Mereka ada terlalu banyak salah faham terhadap Islam atas sebab sebab tertentu. Jadi apa kata kita rungkaikan permasalahan dahulu salah faham tu, kemudian ceritakan Islam yang sebenar. Sudah tentu dengan pendekatan sejajar hadith ini.
 'permudah jangan disusah susah, khabarkan yang gembira jangan ditakut takutkan'

 Jadi, soalan pertama, saya cuba beritahu yang Islam bukan lah agama yang hanya mengajarkan doa sebagai jalan keluar sesuatu masalah.
 Saya beritahu yang di dalam AlQuran, Allah sudah nyatakan, jika kamu berdoa,pasti Allah kabulkan.

 Dan tindakan share problem kepada orang yang lebih tahu itu juga anjuran Islam (form of worship) dan ini saya beritahu juga terdapat spesifik ayat di dalam AlQuran yang berbunyi..

 'maka tanyalah orang yang lebih mengetahui, jika kamu tidak tahu'

 Soalan ke dua dan ketiga ni..saya memberitahu, tiada masalah untuk kamu masuk masjid, dan membaca Al-Quran. Persoalan ni sebenarnya perkara yang sudah dibincangkan para ilmuan Islam. Dan terdapat pendapat yang mengatakan boleh. Kerana Islam dan nabi Muhammad SAW..,tidak pernah diekslusifkan kepada mana-mana manusia bukan? Ianya menjadi Rahmat sekalian alam..

 Penutup. 

Jalan yang lurus itu ada bab yang sempit , ada juga bab yang luas. Jika konsep ketuhanan dalam Islam itu sudah mutlak, jgn pula diizinkan untuk diperluaskan(dengan menyama ratakan semua agama) , dan jika jalan yang lurus itu luas (persoalan fiqh dan cabang-cabangnya), jangan pula kita sempitkan..

6 Respon Kehormat:

Pengkritik Jemputan said...

Nak cemburu boleh? Banyak dialog kat sini, well if there is a muslim enrollment bnyk bercakap pasal peace, and pasal pluralisme.. condoning gay and homosexuality. Susah nak cari dialog yang betul2 core dgn tujuan nak sharing islam from a fundamental perceptive and how it can also bring peace. So, quite a disappointment gak lah.

Aku ada peluang, kawan aku tanya pasal Islam - dia tanya pasal solat, pasal al-Quran dan pasal muhammad.

Aku rasa agak mengecewakanlah apa yang aku kongsi untuk solat dengan al-Quran. macam sangat tak sharing islam. Arhh. fikir2 balik, lopek gila.


Tapi aku puas hati dgn jawapan untuk "Why there is no drawing of the face of Muhammad, why is that?"
Aku jwab "Well, it is because we do not want anyone to deify Muhammad. you know, people. They will just hang out pictures of him, and sooner or later, someone will worship him."

Dan dia reply, "Well, that is a valid reason. It's like Jesus now."

OK pastu aku rsa loser gila kenapalah aku tak sambung, do you know that we love Jesus? do you know that Jesus is mentioned 25 times while Muhammad is only 5 times?


AAAAhhhh, loser gila :'((

Ajar aku nidzam, guna skype. hehe.

Anonymous said...

ini best bro

NidzamYatimiRamli said...

PJ- betul tu wan. susah nak cari dialog yang core pada doktrin agama masing2.. lebih lagi lah kt malaysia. ni kira idea2 baru, yang mungkin akan lebih meluas di mas2 akan datang.

tentang share Islam tu, yang meminta diajar mahir rasanya. hee. tapi formula nya tu lah, permudahkan jangan susah susah. dan sentiasa masuk bab "what and who is God"...

contoh ayat nak goreng kalau mereka2 tanya pasal soalat,aurat,anjing,then apa2 yang bukan pasal TAUHID..

soalan awak ni penting sangat dalam islam, tapi...ia bukan perkara terbesar dalam Islam...then dia mesti tertanya-tanya apa yang besar tu?

NidzamYatimiRamli said...

anon- Alhamdulillah. memang best dan membuka minda

Anonymous said...

sakan borong limau ;)

NidzamYatimiRamli said...

anon- beli sebiji je buat kenangan. malangnya kenangan dah habis dimakan. -_-